Peminat meluahkan rasa risau selepas bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2016), Isa Khan berkongsi foto yang menunjukkan dirinya sedang terlantar di atas sebuah katil hospital.

Lebih teruk lagi, foto itu juga merakamkan wajah Isa yang kepenatan dan tertidur selepas menjalani rawatan manakala bahagian tangannya juga turut dicucuk Branula (jarum untuk IV Drip).

Foto tersebut telah dimuat naik oleh Isa yang juga merupakan adik kepada pelakon yang terkenal di Indonesia, Miller Khan diakaun Instagram (IG)nya kira-kira tiga jam yang lalu.

I will get up, stronger.

A post shared by Me Against The World ™ (@theisakhan) on


Dalam pada itu, ruangan komen IG berkenaan dihujani dengan komen-komen peminat yang mendoakan kesembuhannya dan berharap agar Isa kembali sihat seperti sediakala.

@reenyusof_: Why ni ?@theisakhan semoga cepat sembuh.

@ajunael: Moga tak ada yang serius dan cepat sembuh.

@eksan123: Sakit apa bro@theisakkhan? Cepat sembuh ya bro