Hiburan

Kurang Risiko Sakit Jantung & Strok? Ini Rupanya Kebaikan Bela Kucing Yang Ramai Tak Tahu!

gempak
Hanafis Haris
15/06/2020
06:29 MYT
Sponsor Banner
Kurang Risiko Sakit Jantung & Strok? Ini Rupanya Kebaikan Bela Kucing Yang Ramai Tak Tahu!
Haiwan perliharaan kucing kembali menjadi tumpuan media sosial sejak kebelakangan ini.
Semuanya gara-gara 'footage' laporan berita baru-baru ini yang memaparkan gelagat seorang wanita berlari mendukung seekor kucing.
BACA: Kelibat Kakak Baju Putih Berlari Pegang Kucing Ketika Laporan Berita Curi Tumpuan Netizen, Ini Empunya Diri & Cerita Sebenar!
Namun dalam pada itu, ramai sebenarnya yang tidak tahu tentang kebaikan sebenar menjaga kucing.
Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, terdapat beberapa kajian yang membuktikan kucing mampu memberi manfaat kepada kesihatan manusia.
"Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui pemilik kucing mempunyai 30 peratus risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.
"Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik.
"Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik," kata pengendali akaun tersebut.
Tambahnya, kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja
"Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif," katanya.
Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi 17,800 kali.
Anda boleh lihat posting penuh berkaitan penjelasan tersebut di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live