Filem komedi aksi paling ditunggu-tunggu tahun ini, Abang Long Fadil 3, arahan Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan sebanyak RM 1.2 juta menerusi acara sneak preview yang berlangung semalam.

Berikut adalah review penonton terawal yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di sneak preview semalam:

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


“OMG! Abang Long Fadil 3 is the entertainment blockbuster of the year! Great movie that is value for money. Ada action yang sangat wow! Comedy yang buat korang release from stressful life” – twitter @afnanshahrim

“Just watched Abang Long Fadil 3 Super Funn”y – twitter @Ashley91570268

“Maya Karin cantik & kelakar dalam #abanglongfadil 3” – twitter @nabil_Luqman_

“Btw Abang Long Fadil 3 best, kelakar gilak, ada part peril banyak, ada running gag, memacam la..Korang pergi la tengok dan support industri filem tempatan” – twitter @idraki

“Abang Long Fadil 3 memang best. Semua watak punyai peranan penting tersendiri. Boleh bawak anak2 sebab ada serius dan banyak kelakar.. Rasa nak repeat lagi” – facebook @sitiazlinaabdulrahman

Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof.

Terdahulu, Syafiq telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.

Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gangster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.

Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.