Konsert ketujuh Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) diteruskan malam ini dengan membawa tema 'Kelentang Kelentong’.

Tema tersebut menyaksikan kesemua bintang perlu membuat persembahan dengan lagu yang lebih rancak.

Berikut merupakan senarai lagu bakal dibawa bintang GV8 malam ini!

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Jihan Muse - Kelentang Kelentong (Hael Husaini)

1. Aweera - Noktah Cinta (Hafiz Suip)

2. Suki Low - Mara Bahaya (Pop Shuvit)

3. Azan Scan - Pelita (A.P.I)

4. Nikki Palikat - Rindu (Hetty Koes Endang)

5. Aliff Aziz - Pesan Cinta (Afgan)

6. Adibah Noor - Berdiri Bulu Romaku (Hetty Koes Endang)

7. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Peronda Jaket Biru (Wings)

8. Shidee - Selamat Tinggal Pujaan (S. Jibeng)

9. Bandi Amuk - I Want To Break Free (Queen)

10. Ani Maiyuni - Jikalau Abang Merindu (Nona Asiah)

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.