Pelakon sekuel Polis Evo 2 (PE2), Zizan Razak akui dikecam selama lima hari berturut-turut di media sosial selain dilabel sebagai seorang yang sombong.

Tidak mahu disalah anggap, Zizan tampil memberikan penjelasan mengenai hal tersebut.

“Pihak produksi tidak tahu dan saya juga mahu memberitahu perkara ini.


“Selama lima hari orang kecam saya di media sosial. Orang kata saya sombong, sebenarnya saya tak dengar orang panggil disebabkan kesan bunyi tembakan.

“Orang panggil mahu bergambar tapi saya tengok kosong. Semuanya saya rasa kabur. Bukan saya sombong tetapi sebenarnya efek daripada senapang itu,” jelasnya.

Zizan mendedahkan perkara itu menerusi video disebalik tabir pembikinan Polis Evo 2 yang dimuat naik di YouTube Astro Shaw.



Selain Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!