Penyanyi Noh Salleh mendedikasikan ucapan sempena hari lahir isterinya, Mizz Nina hari ini.

"Selamat Hari Jadi & Long Live The Queen, I love you," tulis Noh ringkas di Instagram.

Dalam entri yang sama, Noh turut berkongsi foto bersama isteri tercintanya itu.





Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Noh turut menulis ucapan istimewa buat Mizz Nina, tidak kurang beberapa rakan selebriti.

Antara rakan industri yang turut menulis ucapan adalah Nabila Huda dan Yuna.

Selamat Hari Jadi & Long Live The Queen. I love you.

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on


Terdahulu, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.