Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh meluahkan rasa sedih selepas melihat hubungan baik personaliti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya, personaliti TV Ally Iskandar di Instagram Stories.

Namum begitu, Intan menjelaskan dia bukan menyimpan hasrat ingin berbaik dengan Ude kerana tidak ingin dilabel sebagai seorang wanita yang gila talak.

Tambah Intan, apabila ibu bapa yang bercerai masih dalam keadaan baik, ia akan memberi 'positive vibes' kepada anak-anak.





Intan juga akui seorang wanita sangat mudah memaafkan tetapi bukan dirinya kerana melibatkan orang ketiga.





Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Kini, Izreen sedang sarat hamil lapan bulan.