Aktor yang popular dengan watak Magneto dalam francais filem X-Men, Sir Ian McKellen dilaporkan sedang merancang sesi latihan pemakaman diri beliau.

Kata McKellen, 78, sejak kebelakangan ini dia sering berfikir tentang kematian dan gembira apabila mengatur majlis pemakamannya sendiri.

Menerusi dokumentari terbaru, McKellen: Playing The Part, pendukung watak Gandalf dalam filem Lord of The Ring itu memberitahu dia mahu 'meraikan' upacara tersebut di sebuah teater.

"Kemasukan secara percuma dan saya mahu orang-orang yang baik sahaja ada di situ.

Bagaimanapun dia mengaku belum bersedia untuk menempuhi 'hari-hari terakhir' itu.

"Ketika saya melihat orang lain semakin lemah dan tidak dapat bekerja, saya fikir, 'Baiklah, itu mungkin berlaku kepada saya!'", tambahnya.

McKellen pernah melakonkan watak ikonik Magneto dalam filem X-Men (2000), X2: X-Men United (2003), X-Men: The Last Stand dan X-Men: Days of Future Past.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Independent