Pihak pengurusan pelakon Korea, Kim Min Suk, Respect Entertainment menafikan hubungan cinta aktor itu dengan aktres Park Yoo Na.

Menurut agensinya, walaupun hubungan percintaan mereka heboh diperkatakan di media sosial namun berita itu hanyalah sekadar khabar angin sahaja.

“Mereka hanyalah rakan baik sahaja. Min Suk dan Yoo Na bertemu bukan hanya berdua sebaliknya ada lagi rakan pelakon lain yang turut bersama.

“Lagipun dia memang rapat dengan semua pelakon-pelakon drama tersebut,” jelas wakil agensinya.

Terdahulu, pasangan ini dikatakan bercinta selepas berlakon bersama dalam drama istimewa berjudul ‘So Close, Yet So Far’ yang bersiaran di KBS2.

Sumber: allkpop / Koreaboo