Filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof sudah boleh didapati di Astro First, saluran 480 bermula hari Khamis.

Walaupun baru masuk hari ketiga, Penunggang Agama ini sudah mula mendapat sambutan hangat daripada penonton yang sememangnya sudah lama menanti filem genre seram thriller islamik.

Rata-rata menyifatkan Penunggang Agama merupakan sebuah filem yang cukup menarik untuk ditonton.

Buktinya, ada penonton yang sudah berulang-ulang kali menonton kerana tertarik dengan jalan cerita serta suka dengan hasil lakonan teraju utama.

"Wow..sebuah filem hebat!

"Watak Tok Aji memang padu, cerita macam ini tak rugi beli!

"Best! Wajib tonton!

"Sangat best! Baru habis tengok. Mula-mula akan keliru siapa baik dan jahat. Sila langgan!

"Masuk kali kelima saya menonton. Sentiasa gembira melihat hasil lakonan Zul Ariffin," komen sebahagian penonton di media sosial.

Karya terbitan Astro Shaw dan Skop Productions itu menampilkan aktor serta aktres berpengalaman serta gandingan pelakon kanak-kanak.

Antaranya, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar.

BACA: Sebab Syafiq Yusof, Zul Ariffin Cakap Yes Untuk Filem Penunggang Agama - "Saya Percaya Dengan Cara Kerja Dia"

Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang berada di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.