,
Laman Utama

MetMalaysia Jangka Lebih 10 Juta Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Hujung Tahun Ini, Ikuti Tip Penting Persedian Menghadapi Banjir Nanti!

Gempak
29/09/2022
08:55 MYT
Mengejutkan! Jabatan Meteorologi Malayasia (MetMalaysia) meramalkan 10 juta rakyat Malaysia akan mengalami banjir hujung tahun ini.
Lebih 10 bulan lalu, warga Shah Alam, Selangor berdepan bencana banjir terburuk dalam masa lebih 25 tahun. Banyak rumah musnah dan kebanyakannya tidak bersedia untuk bencana itu.
Paras air melepasi bumbung di beberapa kawasan perumahan dan bot penyelamat diperlukan untuk menyelamatkan mangsa di kawasan terjejas.
Banjir pada hujung tahun lalu telah memberi kesan kepada lapan buah negeri dengan lebih 70,000 kehilangan tempat tinggal serta mencatatkan kerugian kira-kira 6.1 bilion.
Mangsa yang terjejas berkongsi keperitan berhadapan bencana banjir dengan sebahagian daripada mereka masih trauma dan sehingga kini ada yang belum pulih sepenuhnya dengan terus berusaha membaiki rumah dan harta benda terjejas.
Bagaimanapun, MetMalaysia baru-baru ini mengeluarkan ramalan yang menyebut musim banjir sudah tiba dan berkemungkinan akan kekal sehingga awal tahun depan.
Musim tersebut berkemungkinan besar akan menjejaskan lebih 10 juta rakyat Malaysia dan musim banjir mungkin bakal melanda bermula bulan November hingga Januari 2023.
Berdasarkan ramalan itu, MetMalaysia menyebut negeri-negeri yang bakal terjejas adalah seperti berikut:
Kelantan (1.8 juta orang)
  • Terengganu (1.2 juta orang)
  • Johor (4 juta orang)
  • Pahang (1.6 juta orang)
  • Sebahagian Sarawak (2.5 juta orang)
    Kawasan tersebut akan terjejas oleh musim monsun atau musim tengkujuh dan berkemungkinan besar akan mengalami hujan lebat berterusan.
    Selain itu, MetMalaysia juga menyebut negeri-negeri berikut mungkin akan turut dilanda banjir akibat perubahan cuaca;
    Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Bahagian utara Kedah
    Presiden Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadim), Roslan Ab. Ghani berkata, sukar untuk meramalkan sama ada banjir akan berlaku atau tidak kerana cuaca hari ini tidak menentu dan boleh berubah dengan cepat, ia di luar jangkaan menyebabkan bencana boleh berlaku di luar kawasan dan di luar musim.
    Ujarnya, malah bahagian yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini kini mengalami banjir.
    Beliau menggesa rakyat perlu bersiap sedia dan mengingatkan setiap negeri untuk memperkasakan komuniti masing-masing di peringkat daerah dalam soal pengurusan banjir dan memastikan pusat pemindahan berhampiran disediakan apabila diperlukan.
    Sementara itu, ini persediaan awal yang boleh diambil bagi menghadapi musim tengkujuh; Persediaan sebelum banjir (di rumah); 1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat korang. 2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
    Sementara itu, ini persediaan awal yang boleh diambil bagi menghadapi musim tengkujuh; Persediaan sebelum banjir (di rumah); 1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat korang. 2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. 3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. 4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat korang. 5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. 6. Pastikan seluruh keluarga korang mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah. Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir; 1. Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku. 2. Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan. 3. Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jaduan rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam banjir. 4. Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, portal bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
    Selain itu, setiap rumah juga perlulah sediakan 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN. Antaranya; 1. Air (Jangan terlalu banyak sebab berat) 2. Sedikit makanan yang tahan lama 3. Tandas segera (ada dijual di Daiso/ kedai online) 4. Kit kecemasan dan ubat-ubatan 5. Pelitup muka 6. Bagi wanita, tuala wanita 7. Tisu basah, tisu tandas 8. Bekas untuk isi air 9. Plastik wrap 10. Lapik plastik pelbagai guna 11. Baju hujan 12. Selimut kecemasan 13. Sejadah 14. Pisau serba guna 15. Lilin dan mancis 16. Wisel 17. Tape pelekat 18. Tali 19. Sarung tangan 20. Bateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya) 21. Radio 22. Lampu suluh (boleh cari yang sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali) 23. Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya) *Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang). Jadi, orang ramai bolehlah beli siap-siap sebab bencana ini datang di luar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan. Semoga kita sentiasa dilindungi.
    Sumber: Sinar Plus
    Topic Berkaitan
    Must-Watch Video
    Berita

    Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

    gempak
    16/11/2024
    05:25 MYT
    Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
    Hiburan

    Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

    gempak
    11/11/2024
    03:20 MYT
    Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
    Hiburan

    Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

    gempak
    15/10/2024
    05:25 MYT
    Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.
    Berita

    #FinancialFaiz: Dah Sedia Nak Miliki Teratak Indah? Ikuti 4 Tip Mudah Sebelum Anda Beli Rumah

    gempak
    05/10/2024
    06:55 MYT
    Untuk memastikan pembelian rumah anda berjalan lancar dan bijak, terdapat beberapa tip penting yang perlu diambil kira.
    Viral

    Walaupun Rumah Ditenggelami Air Banjir, Mua Bellaz Tetap Posing OOTD Ketika Beri Bantuan - “Cantiknya Mangsa Banjir Ni”

    gempak
    22/09/2024
    09:55 MYT
    Jurusolek terkenal Mua Bellaz mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi keadaan terkini kawasannya yang dinaiki air banjir baru-baru ini.
    Unitar