Tanda tanya mengenai 'kehilangan' Mira Filzah untuk beberapa hari di Instagram tanpa sebarang posting akhirnya terjawab apabila pelakon itu berkongsi gambar dirinya ketika berbulan madu di Langkawi.

Menerusi satu entri terkini di Instagram, Mira memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah berada di pulau peranginan tersebut sejak Isnin lalu.

"Alhamdulillah selamat sampai Isnin lepas! Leganya dapat escape sekejap selepas berbulan-bulan siapkan persediaan perkahwinan dan tiga hari majlis," katanya.

Dalam entri tersebut, Mira turut berkongsi gambar sekitar lokasi tempat penginapan dirinya bersama suami di sebuah resort mewah.

Jom kita tengok momen-momen yang dikongsikan Mira ketika berbulan madu.

Alhamdulillah selamat sampai @fslangkawi Isnin lepas! Senang je nk confirmkan booking and check in guna @kayak_my. ? Leganya dpt escape sekejap selepas berbulan bulan siapkan wedding preparation dan tiga hari majlis! ? Eee so much love for @fslangkawi, the architecture & interiors and the warm hospitality! ??? Really enjoyed my stay here. ? #latepost

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on




Di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut teruja melihat pasangan tersebut menikmati bulan madu.

"Agitu..Wan Emir doa makan jangan lupa tau," usik penyampai radio Radin.

"Alolo sweetnya pengantin baru ni. Bestnya berbulan madu, nak juga," komen pelakon Zarina Zainuddin.

Begitupun, menurut Mira, kesemua foto yang dikongsikannya itu merupakan gambar throwback sahaja.

Sementara itu, pengurusnya, Farha ketika dihubungi Gempak memberitahu Mira masih dalam tempoh berehat daripada sebarang aktiviti seni.

"Dia masih bercuti dan akan kembali bekerja minggu depan," katanya ringkas.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 30, pada 3 September lalu.

BACA: Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir