Persepsi dan tanggapan orang ramai yang mengatakan sukan berbasikal hanya untuk orang berduit memang tidak boleh dipisahkan.

Ini kerana ramai yang berpendapat kos yang dikeluarkan adakalanya 'tidak masuk akal'.

Tampil memberi pandangan sendiri, pelakon Sharnaaz Ahmad akui perkara berkenaan bukanlah satu tanggapan yang salah.

"Persepsi itu memang betul, beli basikal saja untuk kita keluar duit memamg mahal. Harga dia tak logik akal pun.

"Macam saya sendiri pun tak tahu kenapa saya main basikal ni, rasa macam orang bodoh juga. Tapi bila dah main kita tahulah bodohnya kalau tak main basikal. Dia jadi macam tu perasaan dia," katanya.

Menurutnya lagi, biarpun agak mahal, namun sukan berbasikal ini bukanlah untuk orang kaya saja.

"Kalau dah tahu benda tu mahal beli la basikal terpakai atau 2nd hand.

"Kalau tak mampu lagi beli je yang murah. Benda ni ikut kemampuan sendiri, kalau rasa benda tu boleh pakai, tak ada masalah.

"Nak main ukur baju di badan sendiri, jangan gatal nak ikut poket orang lain tapi sebenarnya tak mampu," katanya.

Tambah Sharnaaz, dia juga menasihatkan orang ramai untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membeli kelengakapan basikal yang mahal.

"Terus terang saya rasa basikal memang mahal, baik beli motosikal je. Beli motor pun ada enjin, basikal tak ada enjin.

"So kena faham dekat situ, orang ada duit je boleh main basikal. Kalau tak ada duit tak perlu membazir.

"Nak kata sihat ada lagi sukan lain yang sihat," katanya.

BACA: Dah Macam Harga Kereta, Benarkah Hobi Berbasikal Untuk Orang Kaya Saja? Ini Respon Selebriti Malaysia!

Ride for life

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on