Pelakon Nabila Huda akui mahu membuka lembaran baru dan menghabiskan hidupnya bersama bapa kesayangannya, Amy Search.

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkata dia berasa begitu gembira dan bersyukur apabila kemelut keluarga yang melanda mereka beberapa tahun lalu akhirnya telah terlerai.

“Mungkin ini kerana doa orang ramai yang ingin melihat keluarga kami bersatu. Alhamdulillah, saya terlalu gembira sehingga tiada perkataan yang dapat menggambarkan situasi sekarang.

“Tiada apa yang saya harapkan selain doa untuk keluarga kami. Saya ingin menghabiskan sisa hidup bersama dengan papa.

“Sehingga sampai hembusan nafas terakhir… Saya sangat-sangat sayangkan papa dan sekarang hari-hari saya mesej dia.

“Saya hanya mahu dia tahu yang saya memang benar-benar sayangkan dia dan saya tidak mahu berjauhan lagi,” ujarnya.

Abil ditemui pada majlis sidang media program realiti Muzikal Lawak Superstar bertempat di Hard Rock Café pada Isnin.

Mengulas mengenai kemelut bersama bapanya, Abil memberitahu dia enggan memanjangkan isu berkenaan.

“Saya minta maaf atas apa yang saya dah lakukan selama ini, saya tak mahu perkara tersebut berpanjangan lagi.

“Walaupun sebelum ini saya gembira dengan kehidupan bersama suami dan anak namun tetap merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap… Keluarga saya tidak cukup tanpa papa…

“Apa yang berlaku itu kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Saya mahu mulakan kembali hidup baru.

“Jika ada merasakan sesuatu yang tidak puas hati, hanya perlu bagitahu… Apa sahaja kekurangan saya akan terima.

“Terima kasih juga kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan keluarga kami, saya sangat-sangat hargai,” ujarnya.

Terdahulu, nama Nabila dan ibu tirinya, Nourish hangat diperkatakan berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.

Nourish didakwa membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa. Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.

BACA: “It Doesn’t Matter How Hard Orang Cuba Nak Jauhkan Kita…”- Sedihnya Baca Luahan Nabila Huda Kepada Papanya Ni

BACA: “Walaupun Dia Rockers, Dia Tak Sambut Hari Ibu & Hari Bapa” – Lepas Muat Naik Posting Ni, Nabila Huda ‘Tembak’ Mak Tiri!

BACA: “Berderai Air Mata Orang Tua Ni. Aku Peluk Dia Kuat-Kuat...”- Amy Search Cerita Detik Pertemuan Indah Bersama Nabila Huda

Dalam perkembangan terbaru, Nabila merupakan hos untuk program Muzikal Lawak Superstar bersama Nabil Ahmad.

BACA: Elly Mazlein, Azmi Caliph Buskers & Tomok Antara Bintang Muzikal Lawak Superstar

Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran selama 10 minggu setiap Jumaat bermula 28 Jun ini.

Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam.

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja).

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati siara langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100).

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.