Penyanyi dangdut Amelina berkongsi video membuat cabaran tarian viral aplikasi TikTok berjudul SpongeBob Challenge.

Namun lain pula jadinya apabila video yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu merakamkan dirinya dikenakan (prank) oleh rakan-rakannya sebaik sahaja memulakan cabaran tersebut.

Menurut Amelina dia tidak sedar dirinya terkena ‘prank’ sebelum rakan-rakan muncul di hadapannya.

“Tak tahu nak marah ke aku nak gelak atau nak ku sepak semuanya. Di prank nya kaklong wak. Dah macam orang terencat akal aku dibuatnya sorang-sorang.

“Sampai ke sudah syiok sendiri! Bila sedar orang semua ada kat depan, mereka pakat-pakat tanya. GONCANG-GONCANG SORANG-SORANG PERGI MANA SIS. Aib tahap maxima ya,” tulisnya.

No komen...!!!!!? Inilah padahnya klu fans club dgn artis sama2 masuk air. Tak tahu nak marah ke aku nak gelak atau nak ku sepak semuanya. Jilake punya frontliner @amelinasoul di prank nya kaklong wakkkkk. Dah mcm org terencat akal aku dibuat nya sorang2? Sampai ke sudah syiok sendiri!!!!!! Bila sedar org semua ada kat depan ,mereka pakat2 tanya.. "GONCANG GONCANG SORANG SORANG PERGI MANA SIS" Aibbbbbbbb tahap maxima yer..? #spongebobchallenge #tiktok #busy #settle #sporting #uratputus

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat Amelina itu.

“Tak sampai hati nak gelak sebenarnya tapi maaf kak long @amelinaamirsharipuddin tengok bahagian kak long je automatik tersengih dan tergelak,” komen @elmilyantie

“Sakit perut ku gelak hahaha bahagian akhir paling lawak,” tulis @adekzellaa

Terdahulu, Amelina juga terkenal sebagai antara selebriti yang sangat mesra dengan peminat dan bersifat ‘happy go lucky’.

Selain itu, Amelina yang pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Reduan Mahamood itu kini menggalas status ibu tunggal dan bahagia membesarkan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur Athirah, Putera Al Arffa, Putera Al Asyraff, Puteri Nur Asyurrah, Putera Al Arffa serta Putera Al Amzarr.