Tindakan pelawak Zizan Razak tidak memadam gambar bersama aktres Emma Maembong mengundang komen-komen perli dalam kalangan peminat.

Terdahulu, Zizan ada memuat naik foto bersama Emma pada tahun 2015 dengan disertakan kata-kata cinta.

"Semangat saya ada pada malam ni. Semangat saya datang sokong saya. Terima kasih sayang," tulisnya di Facebook.

Warganet yang gigih dan perasan dengan foto tersebut makin rancak menggunakan ruang tersebut untuk membahan Zizan.

"@AmirulFaiz: Semangat apa Zan? Semangat yang telah hilang ke? Hahahaha tulah kau. Sapa suruh beria. Kan netizen dah ungkit hahaha.

"@NadiraHamzah: Haha gigih betul la netizen mencari.

"@PuteriZanariah: Hebat netizen Malaysia ni. Kagum saya.

"@SyafiqJamal: Hahahaha aduh Zan.

"@FizaTalib: Zizan dah boleh padam gambar ni.

"@ZakiahHanisIskandar: Dah boleh padam kot Zizan, kesian mu netizen dok bahan mu.

"@ShamsuriWahab: Gigih semua orang troll Zizan.

"@AzzaAizuddin: Saja la nak tanya Zizan oi. Ada lagi tak semangat tu hahaha kasi up 1 kali," antara komen-komen ditinggalkan.

Zizan dan Emma pernah menjalinkan hubungan cinta namun terlerai selepas dua tahun bersama.