Minta maaf la, hari ni #NakCakapSikit agak ‘terganggu’ dengan kenyataan pakar bedah mata dan motivator popular Datuk Prof Muhaya berkenaan topik Kenapa Wanita Lambat Sampai Jodoh.

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut #NakCakapSikit nak minta maaf siap-siap andai tulisan ini menyebabkan rasa kurang senang Prof.

Terlebih dahulu, apa yang dimaksudkan dengan kenyataan lelaki suka perempuan lembut-lembut dan bodoh-bodoh sikit tu?

Adakah perempuan terpaksa berpura-pura bodoh depan bakal jodoh? Alamak…#NakCakapSikit rasa, kalau hipokrit macam ni lebih menakutkan!

Ya la, mau ‘terkejut beruk’ suami sebab sebelum kahwin nampak ‘lembut-lembut’, ‘bodoh-bodoh’ tapi lepas dah jadi isteri rupanya kontra!

Minta maaf sekali lagi, #NakCakapSikit tak setujulah dengan pandangan Prof. yang satu ini. Sebab tidak sepatutnya seorang wanita perlu membodoh-bodohkan dirinya hanya semata-mata untuk menarik perhatian seorang lelaki.

Atau pun Prof cuba sampaikan yang wanita ini tak perlu kelihatan bijak depan lelaki kerana bimbang lelaki tu rasa tercabar atau kekurangan? Mencalar ego seorang lelaki?

Apapun #NakCakapSikit rasa penerimaan setiap orang berbeza-beza dan mungkin pandangan tersebut telah disalah tafsir.

Sebelum tu, #NakCakapSikit suka nak kongsikan mutiara kata Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang dimuat naik Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia menerusi laman sosial Facebook dan Instagram mereka petang tadi.

“Jodoh memang sudah disusun, memang pun dirancang dengan baik; samalah seperti menyusun sirih. Di mana sepiak dua pinangnya. Di mana secalit dua kapurnya. Di mana segenyeh gambirnya.

“Dan kalau perlu disempurnakan lagi dengan selitan sebuku cengkih, sesentil pala atau setabur gula. Ini bukan sahaja untuk memperindah paduan, tetapi juga untuk mengusik selera.

“Ada manisnya, ada pedasnya, ada masamnya. Dan, daripada ramuan itulah terjelma keindahan,” – Tunggul-Tunggul Gerigis, Shahnon Ahmad.

Deepkan? Begitulah…Warna-warni kehidupan!

Ni, #NakCakapSikit...Tidak semestinya menghormati dan sayang kepada pasangan kita perlu menundukkan diri sehingga kelihatan bodoh. Kalau bodoh sangat, ambil kesempatan pula.

Pokok pangkalnya, berserdahanalah dalam segala hal termasuk yang melibatkan hubungan sesama pasangan. Jaga apa yang perlu dijaga, bertolak ansur dan jadilah diri sendiri.

Rasaya lebih ramai lelaki yang sukakan pasangan ‘tidak hipokrit’…Betul tak? Cuma satu pesanan #NakCakapSikit, kalau kita rasa diri tidak sempurna sebagai pasangan berubahlah menjadi yang terbaik.

Insya-Allah, jika niat kita baik dan mahu berubah kerana Allah SWT...Pasti dipermudahkan.