Pelawak dan pelakon Sharif Zero berkongsi pengalaman seram sewaktu menjalani penggambaran filem Syif Malam Raya.

Menurut Sharif, dia berdepan dengan beberapa situasi diluar jangkaan sehingga menyebabkan van jenazah yang digunakan oleh mereka terpaksa diganti dengan yang baharu.

“Macam-macam cabaran yang dilalui antaranya kena naik van jenazah. Kalau nak tahu ada sekali kru produksi bawa van jenazah yang sudah membawa mayat.

“Apa yang berlaku ini… Wallahualam tapi ini yang saya hadapi waktu tu di mana van itu bila kami nak guna enjinnya tidak boleh dihidupkan.

“Kemudian sewaktu sesi latihan lampu elok sahaja bernyala tetapi bila action, lampu mati. Kemudiam bila naik van jenazah itu pun kita sudah dapat rasa semacam.

“Walaupun tidak ada jenazah tetapi apabila melihat kotak keranda itu…. Rasa lain macam. Pihak produksi kemudiannya tukar van jenazah itu dengan van baharu yang belum digunakan lagi,” katanya ketika ditemu bual Gempak.


Selain Sharif, Syif Malam Raya juga turut menampilkan Atu, Syaiful, Syahmi, Asif, Yoe, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.