Selepas meluncurkan album mini Dream()scape pada 25 Mac lalu, kumpulan K-Pop tersohor, NCT Dream tampil pula dengan kolaborasi perdana bersama gergasi aksesori telefon bimbit popular, Casetify.

Dream Night Chit Chat

Menerusi koleksi yang diberi nama Dream Night Chit Chat ini, peminat Mark, Chanle, Haechan, Jaemin, Jeno, Jisung dan Renjun boleh memilih beberapa rekaan yang dibalut dengan personaliti setiap elemen yang diinspirasi daripada NCT Dream.



Menariknya, setiap rekaan untuk aksesori kerangka telefon bimbit ini juga dihias huruf berbentuk awan, sesuai dengan nilai akar mereka iaitu youth, hope dan friendship.

Selain itu, ada juga rekaan yang mengandungi mesej tersirat khas untuk peminat yang sentiasa menyokong karier mereka.

Aksesori

Selain kerangka telefon, aksesori lain seperti NCT DREAM Collectible Edition Earbuds Case yang turut direka mirip lightstick kumpulan itu turut dijual.

Sungguhpun ini merupakan kerjasama pertama yang terjalin antara NCT Dream dan Casetify, namun, jenama antarabangsa popular berkenaan tidak asing dengan kolaborasi bersama group K-Pop bermula dengan BTS, BLACKPINK, Twice, Aespa dan sebelum ini, LE SSERAFIM. Layari casetify.com.my untuk keterangan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sinergi Luar Biasa NCT Dream Menerusi TDS2

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba Giliran LE SSERAFIM Untuk Berkolaborasi Dengan Casetify