Hiburan

"Peluang Rebut Jutaan Pahala Dah Tiba!" - Yatt Hamzah Kongsi Tips Persediaan Menjelang Ramadan

gempak
Asraf Aided
21/04/2020
09:05 MYT
Sponsor Banner
"Peluang Rebut Jutaan Pahala Dah Tiba!" - Yatt Hamzah Kongsi Tips Persediaan Menjelang Ramadan
Bulan Ramadan akan menemui seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi.
Bersempena itu, pelakon Yatt Hamzah mengambil peluang untuk berkongsi beberapa tips persediaan sebelum menjelang bulan mulia itu.
Perkara itu dikongsi Yatt menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
"Peluang nak buat jutaan pahala dah tiba, mari kita rebut peluang ini!.
"Nah Bonda bagi checklist sebelum Ramadan," tulis Yatt sebagai kapsyen.
Antara aspek penting yang dikongsi Yatt adalah kesihatan, kepentingan menyemak hukum hakam, amalan sunat, berlatih bangun malam dan banyak lagi.
HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA? . . PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA.. Mari kita rebut peluang ini! Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN?❤ . 1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh. . 2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. . 3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa. . 4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :) . 5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN 6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan . 7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed. . 8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan. . . Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. KITA BAGAIMANA? @wardahsyaukah.my JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS. "KOMEN JOM" . #YATTMENGAYAT #RAMADHAN
A post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yatt, rata-rata mereka mengucapkan terima kasih atas perkongsian berguna itu.
Tarikh 1 Ramadan bakal menemui umat Islam pada Sabtu, 23 Mei ini. Selamat menjalani ibadah puasa Gempak ucapkan kepada anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live