,
Hiburan

Pementasan Phua Chu Kang: The Greatest Show Man Bakal Jadi Pentas Komedi Terbaik Tahun Ini, Jualan Tiket Bermula RM100

Ainun
13/09/2024
14:25 MYT

Sitkom terbaik sepanjang masa, Phua Chu Kang, mula ditayangkan dari tahun 1997 hingga 2007 dan telah mencapai sebanyak 167 episod sepanjang tempoh siarannya.

Watak Phua Chu Kang, yang dilakonkan dengan begitu sempurna oleh aktor Gurmit Singh, sentiasa terbayang di mata peminat dengan loghat Cina-Inggeris yang pekat serta penampilan ikoniknya dengan kasut getah kuning.

Lebih mencuit hati, dialog seperti ‘Don’t Play Play (kedengaran seperti Don’t Pray Pray)’ atau ‘Best in Singapore, JB, and ‘some say Batam’ sudah sinonim dalam kalangan peminat yang sering terhibur dengan aksi komedi spontan Phua Chu Kang.

Selepas 17 tahun sitkom ini berlalu, Phua Chu Kang kembali bertemu dengan peminat dengan melakukan persembahan secara langsung Phua Chu Kang: The Greatest Show Man pada 24 dan 25 Oktober nanti di HGH Convention Centre Sentul, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: “Jantung Saya Berhenti Berfungsi”- Phua Chu Kang Kongsi Detik Cemas Hampir Mati

BERITA TRENDING: Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

Sesuai dengan judulnya, Phua Chu Kang: The Greatest Show Man, persembahan ini menjanjikan dua malam penuh warna dan hiburan yang dibawakan dengan gaya santai namun memukau, hasil daripada bakat luar biasa Gurmit Singh sebagai Phua Chu Kang.

Pada masa yang sama, Gurmit turut meluahkan rasa terujanya untuk bertemu dengan peminatnya yang hadir ke persembahan itu.

“Tentu sahaja saya tidak sabar untuk kembali dengan sesuatu yang segar tetapi masih membawa aura klasik Phua Chu Kang menerusi Phua Chu Kang: The Greatest Show Man.

“Bagaimana pementasan ini akan berlangsung dan apa yang akan terjadi, datang dan anda akan mendapatkan sebuah persembahan yang tidak pernah dijangka,” katanya.

Selain itu, penerbit eksekutif Popcorn Studio serta pengasas dan pemilik Durian King TTDI, Erik Ong, turut sama menjanjikan persembahan ini adalah yang terbaik dari mereka.

“Percayalah Phua Chu Kang: The Greatest Show Man akan melakar sejarah tersendiri.

“Ia akan membuatkan anda tidak lekat di kerusi anda dan meledak ketawa disamping banyak hadiah yang akan diberikan. Ia akan menjadi malam temu janji yang hebat atau pertemuan keluarga seperti hari-hari awal menonton Phua Chu Kang sebagai sebuah program keluarga,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

BERITA TRENDING: Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

Selain itu, pementasan sitkom ini akan lebih hangat dengan kehadiran penyanyi, Russell Curtis serta pelawak solo, Rizal Van Geyzel. Gabungan hebat ini dijangka akan menggegarkan Malaysia.

Pembelian tiket untuk Phua Chu Kang: The Greatest Show Man kini dibuka di http://www.ticket2u.com.my/pck dengan harga tiket bermula dari RM100.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.
Hiburan

“Jantung Saya Berhenti Berfungsi”- Phua Chu Kang Kongsi Detik Cemas Hampir Mati

gempak
11/09/2024
10:25 MYT
Pelawak terkenal, Gurmit Singh atau lebih dikenali sebagai Phua Chu Kang mendedahkan dirinya punyai masalah kesihatan yang serius suatu ketika dahulu.
Laman Utama

"Langkah Menyita Tanpa Notis Bertulis Adalah Prejudis & Tak Adil" - Crackhouse Comedy Club Dakwa Disabotaj, Mohon Tarik Balik Penggantungan Lesen Operasi

gempak
12/07/2022
07:55 MYT
Crackhouse Comedy Club tampil dengan kenyataan media.