Viral
Pemilik Pasar Mini Terlibat ‘One By One Gentlemen’ Menyesal Bergaduh - “Kalau Diberi Pilihan, Saya Tak Mahu Kejadian Itu Berlaku”
Individu yang pernah terlibat dalam pergaduhan ‘One By One Gentlemen’ iaitu Goh Yap Eng, pemilik pasar mini Kim Leong berkongsi mengenai insiden tersebut.
Bukan Disebabkan Mabuk
Goh Yap Eng menegaskan kejadian yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki singlet putih itu bukan disebabkan dalam keadaan mabuk seperti yang didakwa beberapa pihak.
“Hari itu insiden one by one gentlemen, bukan kita yang minta. Sebenarnya ini tidak berkaitan dengan kaum, atau mabuk. Sebab ada orang kata mabuk la, tapi bukan. Setiap orang mabuk ada tahap dia.
“Contoh kalau saya mabuk, saya akan duduk diam-diam, saya pergi tidur, tengok TV, layan muzik. Tapi kalau seseorang guna minum sebagai alasan, lepas itu dia boleh mengamuk dan buat apa-apa saja, jangan melebihi tahap itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Berdamai... Lelaki Singlet Putih, Pemilik Kedai Runcit Berjabat Tangan
Advertisement
ARTIKEL BERKAITAN: Kena Jirus Air Paip Gara-Gara Kantoi Skodeng Wanita Dalam Tandas Pusat Beli-Belah Di Batu Pahat
“Sebab kita peniaga, kami harap semua pelanggan dan peniaga kedai sentiasa hormoni,” katanya menerusi temu bual yang dikongsikan di Instagram BFMradio.
Tak Dapat Tidur
Pada perkongsian yang sama, Goh Yap Eng turut mendedahkan dia tidak dapat tidur disebabkan kejadian tersebut.
“Ketika video saya menjadi viral, hari rabu malam itu, saya tak boleh tidur sampai Khamis. Lepas itu hari khamis polis menahan saya, duduk lokap selama dua hari.
“Sampai Sabtu petang, saya keluar, saya tak boleh tidur. Kalau diberi pilihan, saya tak mahu kejadian hari itu berlaku,” ujarnya.
Pesanan Buat Rakyat Malaysia
Goh Yap Eng turut menitipkan pesanan agar semua rakyat Malaysia bersatu dan apa yang berlaku itu tidak dikaitkan dengan isu perkauman.
“Saya nak nasihat semua orang belajar taekwondo, kung fu, lepas itu ajak gaduh ini bukan perangai orang yang belajar martial arts. Saya harap isu ini tidak terjadi isu perkauman.
“Malaysia sepatutnya harmoni, harap rakyat Malaysia bersatu. Jangan gaduh-gaduh, sebab itu semua tak berbaloi,” katanya lagi.
Perniagaan Kedai Runcit
Dalam pada itu, Goh Yap Eng turut berkongsi mengenai perniagaan kedai runcit yang sebenarnya milik bapanya.“Ini bisnes bapa saya… saya berhenti sekolah masa tingkat 1. Lepas itu saya ikut bapa saya datang sini sudah 34 tahun. Atuk saya dulu buka kedai runcit juga.
“Masa saya lahir tak lama saja, bapa saya sudah keluar dan atuk saya ada bagi dia RM3,000 untuk mulakan bisnes dia. Kedai runcit bukan saya punya hobi, bukan saya minta dan mahu,
“Kalau saya tak tolong bapa saya, boleh saja. Tapi saya terpaksa jaga kedai ini. Kalau kawan-kawan ada buka birthday party, semua saya korban. Macam pergi kayuh basikal, pergi mana-mana brkhemah, semua korban terpaksa kena kerja membantu bapa.
Include caption By using this embed, you agree to Instagram's API Terms of Use. “Tapi saya tak menyesal, ini jalan yang patut saya lalui. Saya korban saya punya masa lebih dari semua. Saya jadi tauke, pekerja, pencuci, semua saya,” ujarnya.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah premis kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Menerusi video tular berkenaan, awalnya kelihatan dua lelaki sedang berbalah dengan penjual di kedai berkenaan.
Perbalahan antara mereka kemudiannya berakhir dengan aksi tumbuk-menumbuk di antara penjual dan juga salah seorang daripada lelaki berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Selepas itu, tular foto memaparkan dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai runcit di Pulau Pinang baru-baru ini menarik perhatian warganet.
Menerusi foto berkenaan, dua lelaki terbabit dilihat berjabat tangan di hadapan dua pegawai polis.