Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sah menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pukul 10.35 pagi ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu sebelum ini mengesahkan menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 pada Isnin.

Berikut profil Hajiji sebelum bergelar Ketua Menteri Sabah:
  1. Mendapat Pendidikan tertinggi dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di Amerika Syarikat
  2. Pernah menjadi juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1976
  3. Pernah menjadi Penguasa Kastam Sabah dari 1986 hingga 1990
  4. Pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Bendahari Bandar Tuaran, Bendahari Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bendahari BN Sabah
  5. Menjadi Ketua Badan Pemimpin Bersatu dari tahun 2019 sehingga harini
  6. Pernah menjadi Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1992 hingga 1993
  7. Merupakan Menteri Kerjaaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 2004
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang berlangsung Sabtu lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia selepas rakan sekutu GRS iaitu PN memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PBS tujuh kerusi.

Sumber: Astro Awani
Kredit Foto: Utusan, FreeMalaysiaToday