Soalan:

Hi Kak Gee, boleh panggil saya Am je.

Masalah saya ni dah lama tapi saya sangat tertekan sejak akhir-akhir ini.

Kalau Kak Gee nak tahu badan saya ni sedikit membongkok.

Jadi disebabkan itu ramai rakan-rakan mengejek dan hina saya.

Katanya saya ni ‘Hunchback Boy’ macam dalam kartun tu.

Ya Allah saya rasa sungguh dihina. Tolonglah saya Kak Gee.



Jawapan:

Hi Am, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.

Pertama sekali Kak Gee mahu Am kuat dan sabar.

Untuk pengetahuan Am, menghina atau meremehkan orang lain, atas sebab seperti rupa parasnya, bentuk fizikalnya, warna kulitnya adalah dilarang dalam Islam.

Rasulullah sendiri tidak menyukai mereka yang menghina fizikal orang lain.

Ketika terjadi perkelahian antara Abu Dzar al Ghiffari dan Bilal bin Rabah, terkeluarlah dari mulut Abu Dzar perkataan “wahai anak wanita hitam”, maka Rasulullah sangat marah terhadap ucapan itu.

Apa yang Am boleh buat adalah kekal sabar dan berkawanlah dengan kawan yang boleh menaikkan martabat Am.

Carilah kawan yang menghormati dan boleh terima kekurangan Am.

Hindari daripada rakan yang penuh toksik ya Am!


Itu kisah Am, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!