Soalan:

Hi Kak Gee. Okey, saya ada crush dan saya berkawan dengan crush saya melalui media sosial. Tak pernah jumpa tapi kami selalu chat melalui ‘Reply Story’ Whatsapp dan Instagram masing-masing. Tapi malangnya dia dah ada teman wanita.

saya hanya buat tak tahu tentang perkara tersebut. Sampai satu hari tu dia berkongsi masalah dengan saya. Walaupun dia tak cakap itu adalah masalah berkait dengan teman wanita dia tapi saya tahu.

Bila saya tengok Instagram kedua-duanya, mereka dah padam gambar-gambar memori waktu mereka bercinta. Situasi sekarang, macam mana saya nak buat dia jatuh cinta dengan saya? Atau saya nampak jahat, Kak Gee?

Yang jatuh cinta, Naira




Jawapan:

Hi Naira. Terima kasih sudi berkongsi perasaan dengan Kak Gee. Zaman Kak Gee dulu, kami hanya hantar surat letak bedak saja pada ‘crush’ atau orang yang Kak Gee minat.

Zaman sekarang, teknologi memainkan peranan yang penting. Walaupun mungkin tak pernah bersua muka, tapi kita tetap boleh tengok gambar-gambar dan video mereka di Instagram atau di media sosial lainnya. Perkara tersebut juga boleh membuatkan kita jatuh hati pada seseorang.

Kak Gee puji Naira sebab tidak tunjukkan perasaan Naira ketika dia masih lagi mempunyai kekasih hati. Walaupun kita tak nampak kesannya, tapi digelar perampas sangat menyakitkan. Tapi kalau kini dia sudah putus dengan bekas kekasihnya itu, tak salah kalau Naira nak mencuba nasib.

Bukan perkara yang mudah untuk membuatkan seseorang jatuh cinta dengan kita, apatah lagi bila tidak pernah bersua. Cadangan Kak Gee adalah supaya Naira terus menjadi sahabat yang baik kepada pemuda itu. Menjadi pendengar setia tetapi pada masa yang sama berikan ‘hint’ bahawa Naira juga mempunyai minat terhadap dirinya.

Kongsikan juga dengannya apa yang Naira suka dan tidak suka, cari keserasian dari segi perkara yang menjadi minat bersama, larikan topik daripada bercerita tentang bekas kekasihnya.

Menjadi pendengar yang baik adalah salah satu ciri-ciri yang disukai lelaki. Mungkin Naira boleh anjakkan dari hanya berhubung di media sosial, kepada berkongsi nombor dan berbual di telefon.

Ada orang boleh jatuh cinta sekelip mata, dan ada yang mengambil sedikit masa. Apa yang penting, kalau pemuda ini memenuhi ciri-ciri lelaki yang mampu memiliki hati Naira, Kak Gee harap Naira jangan cepat mengalah. Jodoh itu kerja Tuhan, tapi kita juga perlu berusaha, kan?

Kak Gee doakan semoga Naira dan pemuda impian Naira bakal menjadi pasangan dan seterusnya ke ikatan yang sah. Jangan lupa jemput Kak Gee pulak bila nak makan nasi minyak nanti.

Salam sayang dari Kak Gee!


Itu permasalahan Naira dan kekasih mayanya, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.

Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!