Menonton video pra perkahwinan yang dihasilkan oleh CST Film buat Fasha dan Aidil menimbulkan rasa sebak di hati.

Berulang kali ucapan kesederhanaan diungkapkan dalam video tersebut.

Menurut Fasha dan Aidil yang ditemui ketika malam majlis berinai, idea tersebut datang daripada Fasha sendiri, malah setiap bait kata-kata di dalamnya di tulis oleh Fasha.

"Saya mahukan video kenangan kami berdua untuk ditayangkan di majlis berinai, juga majlis perkahwinan nanti," kata Fasha.

Video berdurasi 4 minit 30 saat itu dilakukan penggambarannya di Klang, Selangor dan mengambil masa empat jam penggambaran.

"Disaat aku jatuh, disaat aku tidak percayakan cinta, kau hadir dalam hidup ku.

"Disaat aku sendiri, disaat aku kesesatan, kau hadir menemaniku.

"Mencintai kesederhanaan mu mengajarku erti bersyukur. Terima kasih kerana mencintaiku dan mengajarku tentang sabar yang begitu hebatnya.

Terima kasih Allah atas cinta ini," itulah bait-bait daripada Fasha di dalam video tersebut.

"Disaat aku hilang arah, disaat aku kecewa, kau penghiburku.

"Mencintai kesederhanaanmu, membuatkan aku yakin bahawa kau adalah permaisuriku.

Terima kasih untukmu yang telah mengajarku bahawa cinta itu adalah sederhana.

"Aku bukanlah lelaki yang sempurna, tetapi aku akan selalu menjagamu.

"Yakinlah, dirimu adalah yang terindah, yang pernah Allah kirimkan untukku. Dan yakinlah bahawa kau adalah pelengkap hidupku.

Semoga dipermudahkan segala urusan kami?aminn .

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on


"Terima kasih sayang, kerana mencintaiku. Terima kasih Allah kerana telah menghadirkan dia di dalam kehidupanku. Hingga aku dapat mengenal keagungan cintamu," bait-bait indah daripada Aidil buat Fasha di dalam video tersebut.