Anggota kumpulan K-Pop Vixx, Leo berasa terharu melihat sokongan peminat di Malaysia.

Menurut Leo, perkara itu membuatkan dirinya rasa bersalah terhadap peminat di negara ini kerana mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke sini.

“Sebenarnya apabila saya sampai di lapangan terbang, melihat begitu ramai peminat yang mengalu-alukan kedatangan saya dan perkara itu membuatkan saya rasa terharu.

“Saya rasa sangat bersalah dengan peminat di Malaysia sebab dah lama kami tak datang untuk membuat persembahan di negara ini,” katanya ketika sidang media K-Perfomance Show 2019 bertempat di Dewan Planery, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebentar tadi.

Dalam perkembangqn terbaru, Leo bakal membuat persembahan di tempat yang sama pada Sabtu (27 Julai) dan Ahad (28 Julai) ini.