Banyak kisah yang pernah dikongsikan oleh warganet berkenaan dengan individu kurang siuman di media sosial sebelum ini.

@mimieydjewels

?Deep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm ni?Syed khairol doakn bisnes kokmie tauuu

♬ original sound - Vitri pradana

Namun, perkongsian seorang pengguna TikTok baru-baru ini sedikit mencuit emosi pengguna platform berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Mi Miey, kelibat seorang lelaki yang kurang siuman dilihat sedang ‘menunaikan solat’ di kedianya.

Dengan pakaian compang-camping dan keadaan diri yang tidak terurus, individu yang dikenali sebagai Syed Khairol itu sedang melakukan rukun solat rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

Menurut pemilik akaun, Syed Khairol sering mengunjungi premisnya tetapi tidak mengganggu orang lain. Bahkan, kehadiran Syed Khairol disifatkan sebagai menghiburkan.

Meninjau ruangan komen, kebanyakan pengikut akaun berkenaan berasa tersentuh melihat gelagat Syed Khairol yang masih mengingati solat walaupun dalam keadaan sebegitu.

“Walaupun dia tak kenal siapa dirinya, tapi dia kenal siapa yang dia patut sembah… Allahuakbar,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Rasa macam Allah lebih terima sujud dia daripada sujud aku,” luah seorang netizen pula.

“Aku tersentak, tersentuh. Dia mungkin tak ingat siapa diri dia, tapi dia masih ingat Allah,” respons seorang wargamaya pula.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar tuan empunya akaun membeli pakaian baharu buat Syed Khairol.

Tidak berapa lama kemudian, pemilik akaun yang sama memuat naik video dia dan suaminya membeli beberapa helai seluar baharu dan baju baharu buat Khairol.

@mimieydjewels

Cadangnya nk g esok..rasa lamanya esok..Suami pun ajak g bli arini n g hntr tros umah syed kerol..Alhamdulillah lega rasa hajat tercapai?

♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes?

“Cadangnya nak pergi esok… Rasa lamanya esok. Suami pun ajak pergi beli hari ini dan pergi hantar terus rumah Syed Khairol. Alhamdulillah lega rasa hajat tercapai,” katanya.