Bintang popular Tan Sri Michelle Yeoh menunaikan janjinya buat ibu tercinta, Datin Janet Yeoh dengan mengadakan majlis resepsi ringkas bersama suami, Jean Todt di Ipoh, Perak pada Ahad lalu.

BERITA TRENDING: Michelle Yeoh Berkahwin Selepas 6,992 Hari Kenali Tunang

Janet, 84, sebelum ini tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan anak perempuannya di Geneva, Switzerland dan meminta agar mengadakan majlis berasingan di Malaysia.

Majlis tertutup itu hanya dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan rapat beliau di sebuah restoran.

Dalam majlis berkenaan, Yeoh, 61, mengenakan persalinan berona hijau di samping suami tercinta, Todt, 77, yang memakai pakaian kasual hitam.

Untuk rekod, Todt telah melamar Yeoh pada 26 Julai 2004, sebulan lebih selepas berpacaran. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 27 Julai.

Mac lalu, Yeoh menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi Oscar menerusi trofi Pelakon Wanita Terbaik.

PILIHAN PEMBACA: Tan Sri Michelle Yeoh Suka Iklan Raya Bersifat Majmuk, Bicara Tentang Simpan Trofi Oscar Di Ipoh!

BERITA TRENDING: Sanggup Berhujan, Tunggu Lebih 2 Jam, Ribuan Peminat Sambut ‘The One & Only’ Michelle Yeoh!

Sumber: The Star, Sin Chew Daily