Sesiapa yang lahir sekitar 90-an pastinya cukup mengenali watak permainan video Mortal Kombat.

Bermula dengan permainan PC, ia kemudian diangkat menjadi filem ‘live action’ pada 1992.

Kini, Mortal Kombat sekali lagi muncul dengan versi baru pada tahun 2021.

Persoalannya, adakah filem ini wajib ditonton dan lebih baik daripada versi pertama?

Ini antara ulasan Gempak:

Masih Kekalkan Watak Ikonik

Jangan bimbang sekiranya tidak mengikuti perkembangan dunia Mortal Kombat kerana filem terbaru ini tidak akan membuatkan penonton ‘pecah kepala’ dengan plot cerita mengelirukan.

Agak ‘straight forward’ yang mana individu terpilih perlu mengembara ke sebuah tempat rahsia yang mana terletaknya dunia pertarungan Mortal Kombat.

Sepanjang 20 minit pertama, anda akan diberitahu mengenai apakah sebenar hala tuju filem ini dan mengapa perlu ke tempat berkenaan.

Banyak Karakter, Tak Bosan!

Filem ini juga tidak membuatkan penonton tunggu lama dengan aksi pertarungan dan boleh dikatakan ‘pace’ filem ini agak laju.

Selain itu, karakter yang dibawa juga diperkenalkan dengan baik dalam filem ini.

Siapa mereka dan apakah kuasa mereka semuanya dijelaskan tanpa berselindung.

Hanya watak utamanya iaitu Cole Young saja yang sedikit ‘lambat panas’ untuk beraksi.

Berkemungkinan pengarah mahukan elemen suspen dan sengaja membuatkan penonton ternanti-nanti apakah kuasa sebenarnya? Adakah dia mampu mengalahkan rejim Tsung?

Yup, teknik itu berjaya, malah penantian itu bakal membuatkan anda puas menonton filem ini.

Pendek kata, ada klimaks dalam filem ini.

Pertarungan Ekstrem, Ini Baru Level Mortal Kombat!

Aksi pertarungan dalam Mortal Kombat 2021 ini boleh dikatakan agak ekstrem.

Banyak pertarungan dan babak pertumpahan darah,namun itulah kekuatan Mortal Kombat sejak dari dulu lagi.

Pertarungan mereka bukan biasa-biasa!

Apapun filem ini wajib ditonton terutama mereka yang membesar dengan dunia Mortal Kombat.

Anda akan melihat beberapa watak ikonik Mortal Kombat seperti Sub-Zero, Scorpion, Tsung mahupun Lord Raiden.

Selain itu anda juga akan menyaksikan karakter Sonya Blade, Kano, Jax, Liu Kang dan banyak lagi.

Rating Gempak : 8/10


Apapun jangan lupa saksikan Mortal Kombat terus di rumah anda menerusi langgan Astro Best.

Sewa sekarang dan saksikan dengan segera menerusi Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store.

Sambungkan PVR Box atau Ultra Box anda ke Wi-Fi & strim Godzilla vs Kong dalam keselesaan rumah anda.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Astro GO untuk strim pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut di content.astro.com.my.