The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan baik Ezurin, Magie Abang Saufi memasuki episod kelapan malam tadi.

Kepada anda yang terlepas menyaksikannya, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton semua episod yang telah ditayangkan menerusi aplikasi Astro Go.

Di sini, Gempak imbas kembali lima perkara menarik yang berlaku dalam episod malam tadi.

Rumah Ezurin Hampir Siap



Kontraktor yang mengendalikan projek ubah suai rumah Ezurin di ibu kota, Charlie telah menghubunginya. Menurut Charlie, projek tersebut hampir siap tidak lama lagi. Ezurin mula menyuruh dua pembantu peribadinya, Bell dan Nana untuk mengemas barang dan menitik beratkan soal penjagaan terutamanya pakaian dan koleksi lukisan Tunku Nadya.

Ezurin Rancang BBQ Party



Sebelum pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur, Ezurin merancang untuk mengadakan BBQ Party di rumah yang didiaminya di Hulu Langat, Selangor itu. Beliau meminta bantuan Nana untuk menguruskan parti tersebut termasuk perkara berkaitan dekorasi.

Girls Night Out



Episod malam tadi juga menyaksikan kemunculan istimewa aktres jelita, Datin Seri Maria Farida dan seorang lagi rakan baik Ezurin sejak zaman permodelan, Danielle Graham. Mereka berjumpa di kota untuk berbual mengenai perkembangan masing-masing.

Magie Pecah Rahsia!



Rupa-rupanya, Maria sudah tahu tentang Ezurin pergi dating seperti yang dipaparkan dalam episod ketujuh yang lalu. Ezurin marah dan memberitahu Magie yang beliau tidak selesa apabila hal peribadinya diceritakan kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Magie meminta maaf secara baik selepas situasi tegang itu.

Masalah Selesai!



Keadaan kembali tenang kerana Ezurin sendiri tidak mahu merosakkan mood Maria dan Danielle. Magie pun sudah meminta maaf, Maria dan Danielle cuba memainkan peranan untuk menceriakan kembali keadaan. Mereka semua akhirnya gembira dan menghargai persahabatan mereka yang telah lama terjalin itu.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.