Vokalis kumpulan Bunkface, Sam menegaskan masih tinggal bersama isteri, Aida Azira Husin walaupun rumah tangga mereka mengalami sedikit pergolakan.

Menurut Sam masalah yang terjadi dalam keluarganya bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

"Kami memang ada isu sedikit tapi kami masih lagi tinggal bersama.

"Malah sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini kami masih beraya bersama.

"Perkahwinan kami pun dah masuk tahun keempat, biasalah fasa-fasa begini.

"Ini semua asam garam dalam rumah tangga. Namun masalah kami bukan disebabkan kehadiran orang ketiga," katanya kepada Gempak.

Sam ditemui usai majlis sidang media Great Amal Fest 2019 yang diadakan di Warner Music, Damansara.

Tambah Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom akui tidak ingin berkongsi gambar isteri dan anaknya, Maleeq di Instagram (IG).

"Sekarang memang saya tidak mahu memuat naik foto anak dan isteri di IG.

"Saya ingin gunakan platform itu untuk kerjaya sahaja," katanya lagi