Filem terbaharu arahan Kabir Bhatia, Sangkar sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai yang telah menontonnya.
Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen masih menyerbu pawagam untuk menonton filem kegemaran ramai ini meskipun ia sudah menghampiri penghujung tayangan.

Selain itu, ramai juga yang berpendapat filem Sangkar amat sesuai ditonton seisi keluarga, ramai juga yang telah menontonnya berkali-kali.





Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, Sangkar turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!