Selepas hampir dua dekad, kumpulan Westlife kembali menemui peminatnya di Malaysia sejak konsert terakhir mereka pada tahun 2,000, East Meets Westlife Tour di Malaysia!

Ternyata berita gembira ini sudah pasti membuatkan peminat setia Westlife berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat kumpulan popular itu.

Kunjungan Westlife sempena konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia ini dibawakan khas oleh pihak penganjur, Macpiepro dan Universal Music.

Sudah pasti peminat mahu mengimbas dan menghidupkan kembali kenangan dengan menyanyikan lagu-lagu popular Westlife antaranya Uptown Girl, Flying Without Wings, Swear It Again serta If I Let You Go.

Westlife yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane Filan ini pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi popular antaranya Mariah Carey, Lulu, Joanne Hindley dan Diana Ross.

Malah album Westlife juga pernah menjadi album terlaris pada abad ke-21 dan kumpulan ini pada asalnya ditandatangani oleh Simon Cowell di United Kingdom dan Clive Davis di Amerika Syarikat.

Nama Weslife juga semakin popular selepas pelancaran self-titled debut album studio, Westlife 1999.

Mereka juga telah mengeluarkan 10 buah album studio dan single terbaru berjudul Hello My Love yang dilancarkan pada Januari 2019.

Sebelum ini, Westlife juga pernah memenangi sebanyak 92 anugerah dan 20 pencalonan tambahan sepanjang bergiat aktif dalam bidang nyanyian termasuk kemenangan di Anugerah Brit, Anugerah Meteor, Anugerah Muzik Dunia dan Anugerah Muzik Eropah MTV.

Westlife juga telah berjaya mengukuhkan nama kumpulan mereka dalam industri nyanyian antarabangsa selama 20 tahun.


Konsert jelajah ini bakal menyaksikan Westlife mempersembahkan lagu terbaru dan kesemua 14 lagu hits UK No.1 mereka termasuk Swear It Again, Flying Without Wings, You Raise Me Up dan I Lay My Love On You.

Lebih mengujakan, konsert ini juga bakal menjadi persembahan pertama mereka sebagai satu kumpulan sejak persembahan terakhir mereka di Croke Park, Dublin pada 23 Jun 2012.

Ternyata peminat Westlife tidak sabar menyaksikan persembahan secara langsung di jelajah terakhir mereka iaitu The Twenty Tour apabila 400,000 keping tiket terjual dalam masa 48 jam sahaja.

Jelajah ini dinamakan The Twenty Tour kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!

Westlife akan menemui peminat mereka di Malaysia selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 8.30 malam.

Tiket konsert dijual pada harga RM693 (Zon VIP), RM573 (Zon Merah), RM483 (Zon Kuning), RM373 (Zon Ungu), RM273 (Zon Hijau).

Tiket-tiket ini mula dijual pada Sabtu, 13 April ini bermula jam 11 pagi bertempat di Atria Shopping Gallery.

Manakala jualan ticket online akan bermula pada 14 April dan seterusnya pada jam 12 petang di Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com & aplikasi MMspot.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

Media sosial MacpiePro:
Facebook: www.facebook.com/MacpiePro , Instagram: www.instagram.com/macpiepro

Media sosial Universal Music Malaysia:
Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY , Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia