Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar sentiasa menarik perhatian orang ramai yang menontonnya.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen terpukau dengan jalan cerita dan kualiti filem kegemaran ramai itu, malah ada yang terbawa-bawa hingga ke mimpi!

Selain itu, ramai juga penonton mengatakan Sangkar telah berjaya untuk menghiburkan mereka seisi keluarga, ada juga yang telah menontonnya berulang kali.







Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.