Dikenali sebagai aktivis alam sekitar, pelakon jelita Maya Karin membuktikan dia sanggup mengenepikan dunia glamor untuk menyertai aktiviti sukarelawan seperti mengutip sampah.

Menerusi satu posting Twitter terbaru, Maya memuat naik video memaparkan dia sedang mengutip sampah di sebuah lokasi di ibu kota.

Namun, apa yang menariknya lokasi itu terletak di bawah jambatan dengan timbunan sampah yang terlalu banyak.

Mungkin agak menjijikan buat sesetengah individu, namun tidak bagi Maya yang kelihatan sungguh komited untuk membersihkan kawasan berkenaan.

"Kehidupan glamor...anda buang saya kutip," katanya ringkas sebagai kapsyen.

Sementara itu, rata-rata netizen kagum dan terharu apabila Maya sanggup meredah kekotoran demi membersihkan lambakan sambah sarap.

Tidak kurang juga yang tertarik untuk menyertai Maya dalam aktiviti sukarelawan sebegitu.