Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf kerana terpaksa membatalkan persembahannya di Singapura disaat akhir kerana penularan wabak COVID-19.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Razali berkata, pihak pengurusannya 17 Eleven membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu mengambil risiko.

Penyanyi ‘Vroom Vroom’ ini sepatutnya membuat persembahan di MegaXpress Halal 2020 yang dijadualkan di Singapore Expo Hall, hari ini.

Nabila turut turut membatalkan perjalanannya ke Maldives dan Jakarta kerana katanya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Pengumuman tersebut dibuat Nabila menerusi akaun laman sosial Instagram (IG)nya semalam.

Saya Nur Nabila Mohd Razali ingin memohon maaf kepada pihak penganjur MegaXpress Halal 2020 kerana terpaksa membatalkan persembahan saya di saat akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini, 14 March 2020 di Singapore Expo Hall.

“Pihak pengurusan saya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan membatalkan semua perjalanan saya ke luar negara termasuk Jakarta & Maldives,” tulisnya.

Nabila berkata, dia berharap agar permohonan maafnya diterima penganjur MegaXpress Halal 2020 kerana baginya mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini turut mengajak orang ramai mendoakan agar wabak COVID-19 berlalu.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Saya harap permohonan maaf saya ini diterima oleh pihak penganjur dan seluruh warga Singapura.

“Sama-sama kita berdoa supaya wabak #COVID19 ini cepat berlalu. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati,” katanya.

Imbas semula lakonan Nabila Razali dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

ANNOUNCEMENT Demi tujuan keselamatan, saya Nur Nabila Mohd Razali ingin memohon maaf kepada pihak penganjur MegaXpress Halal 2020 @megaxpress kerana terpaksa membatalkan persembahan saya disaat akhir yg dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini, 14 March 2020 di Singapore Expo Hall. Pihak pengurusan saya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan membatalkan semua perjalanan saya ke luar negara termasuk Jakarta & Maldives. Sama2 kita berdoa supaya wabak #COVID19 ini cepat berlalu. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Saya harap permohonan maaf saya ini diterima oleh pihak penganjur dan seluruh warga Singapura. Sekian, terima kasih, NR ♥️

A post shared by Aira Tihani ? (@nabila.razali) on