Pelakon Zulin Aziz mengakui mengakui kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan gambarnya untuk melariskan produk jualan mereka.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zulin menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

"Saya warning sekali lagi kepada mereka yang guna gambar saya lagi-lagi berkenaan produk kurus. Jangan ambil kesempatan boleh tak? Saya dah penatlah macam ini. Lepas satu,satu.

"Saya penat-penat pergi gym, nak kuruskan badan, suka-suka hati je cakap kita makan produk dialah, kita ni ikut plan diet dialah.

Saya warning sekali lagi kepada mereka yg guna gambar saya lagi2 berkenaan produk kurus.Jangan ambil kesempatan boleh tak?saya dah penatlah mcmni.Lepas satu,satu. Saya penat2 pergi gym ,saya minum @chocofithq nak kuruskan badan,suka2 hati je ckp kita makan produk dialah,kita ni ikut plan diet dia lah. Terima kasih @iamnajlaa bgtau aku.Aku stress mcmni.Tak baik tau meniaga tipu org.Kang apa2 jadi aku jgk yg dipersalahkan. Selagi xsaman betul2 selagi tu semua org amik kesempatan.Jadi pemaaf pun salah,jadi tegas pun serba salah. Siapa nampak gambar saya dekat mana2 iklan kurus selain dari @chocofithq, Tlg bgtau please.Nak saman berjemaah.Boleh kaya aku!Dah geram sgt dh. Ni dah produk ke-4 org guna muka saya,kali ni saya tak minta buat surat pemohonan maaf secara terbuka lagi dah.Senyap2 surat sampai kat awak nnt ? Pada tarikh 1/10/2018 saya secara officialnya dengan @chocofithq .Harap maklum.

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on


"Terima kasih @iamnajlaa bagitau aku. Aku stress macam ini. Tak baik tau meniaga tipu orang. Kang apa-apa jadi aku juga yang dipersalahkan.

"Selagi tak saman betul-betul selagi tu semua orang amik kesempatan. Jadi pemaaf pun salah, jadi tegas pun serba salah.

"Siapa nampak gambar saya dekat mana-mana iklan kurus selain produk saya tolong bagi tau please. Nak saman berjemaah. Boleh kaya aku! Dah geram sangat dah. Ni dah produk ke-4 orang guna muka saya, kali ni saya tak minta buat surat pemohonan maaf secara terbuka lagi dah. Senyap-senyap surat sampai kat awak nanti," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Zulin segera mengambil tindakan terhadap individu tersebut kerana risau produk yang dijual oleh mereka bakal memberi kesan buruk terhadap namanya.