Kecomelan coretan yang dititipkan pelakon Bella Dally buat anak sulung Betty Rahmad menarik perhatian peminatnya.
Lebih-lebih lagi apabila yang mengetahui keakraban hubungan persahabatan antara Bella dan Betty melabelkan mereka sebagai ‘friendship goals”.
Menerusi entri terbaru, Bella telah memuat naik foto ketika mengunjungi Betty selepas selamat bersalin anak lelaki yang diberi nama, Ardy Wira.
Selain foto, Bella juga mengimbas kembali kenangan manis bersama Betty.
“Welcome to the world baby Ardy Wira! Saya lah aunty Behak tuuu… Yang selalu mengadu dengan your mommy…
“Yang menjual cookies dan sambal dengan your mommy… Yang pergi Bangkok shop til I drop dengan your mommy…
“Yang urut-urut your mommy masa dia pening masa menjual kat Singapore sebab we didn’t know baby Wira dah ada dalam perut mommy… Semoga baby Wira menjadi anak soleh dan baik kepada @bettyrahmad & @ardydamis,” coretnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mengagumi persahabatan mereka dan melabelkan Bella sebagai seorang yang sweet.
Terdahulu, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak pada 19 Januari 2019.
Foto: Instagram @belladally
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat