Menerusi sebuah entri di Instagram, personaliti TV terkenal, Ras Adiba Radzi menyeru golongan OKU untuk menegakkan hak mereka di kalangan masyarakat.

Menurut Ras Adiba, terdapat segelintir pihak yang melakukan ketidakadilan dan mengganggu kemudahan awam yang dikhaskan buat golongan OKU.

"Sahabat OKU semua, ayuh kita pantau ketidakadilan yang dilakukan pada kemudahan kita.

"Kita harus sama-sama ingatkan masyarakat supaya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencabuli hak kita.

"Dari tandas, tempat letak kereta, kekangan di bahu jalan, ruang pergerakan yang sempit, ketiadaan lif dan pelbagai lagi," tulisnya.

Sahabat OKU semua. Ayuh kita pantau ketidakadilan yang dilakukan pada kemudahan kita. Kita harus sama-sama ingatkan masyarakat supaya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencabuli hak kita. Dari tandas, tempat kereta (seperti ketika kereta 'kebal' putih saya ini dihimpit) kesilapan meletakkan tactiles, ramp yang tinggi, kekangan di bahu jalan, ruang pergerakan yang sempit, tandas yang tidak sesuai, ketiadaan lif dan pelbagai lagi. Ayuh kita sama-sama beri kesedaran kepada rakyat Malaysia akan keperluan kita, dan bagaimana mereka boleh saling membantu dalam memastikan Malaysia menuju ke arah negara yang mesra OKU. Bangkit OKU Malaysia! #okusentral

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on


Terdahulu, Ras Adiba telah menentang cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang mencadangkan golongan LGBT dibenarkan untuk menggunakan tandas OKU.