Berita

Seminggu Menjelang Aidilfitri, 13 Remaja Didakwa Bunuh Pelajar Kolej Vokasional

Maliah Surip
02/04/2024
09:25 MYT
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna, barangkali ini peribahasa yang sangat sesuai untuk digambarkan kepada insiden 13 remaja didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional di Sabah bulan lalu.

Berusia 16 hingga 19 tahun

Mereka berusia 16 hingga 19 tahun dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada kira-kira jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac.
Semua remaja lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh pada prosiding secara tertutup di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pada prosiding bermula jam 9 pagi itu, hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada dalam bilik bicara kerana kes membabitkan juvana.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Juhn Tao, manakala dua daripada tertuduh diwakili peguam, Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki. Baki 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Laporan kimia

Mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan.
Terdahulu perbuatan kejam beberapa rakan penghuni asrama di kolej tersebut terbongkar selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi.
Perselisihan faham kehilangan wang berjumlah RM35 dan RM50 dipercayai punca pelajar mati dipukul oleh rakan penghuni asrama yang lain.
Sumber: Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Curi RM85 Punca Pelajar Maut Dipukul

ARTIKEL BERKAITAN: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar Yang Didakwa Dibelasah Di Asrama?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

gempak
26/07/2024
09:29 MYT
Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkaitan kenyataan yang membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh anaknya.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Berita

Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

gempak
26/07/2024
03:12 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kana-kanak austisme iru, Disember lalu.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

gempak
26/07/2024
01:35 MYT
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.
Berita

Prosiding Pertama Sebutan Kes Zayn Rayyan Hari Ini

gempak
26/07/2024
01:27 MYT
Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sekali lagi mencuri tumpuan, apabila ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu, Disember tahun lalu.