Pelakon Intan Najuwa mendedahkan ulang tahun kelahiran ke-23 yang diraikan pada 18 Ogos lalu hanya disambut secara sederhana.

Menurut Intan, disebabkan jadual padat dengan penggambaran, dia memilih meraikan dengan makan malam bersama teman rapat.

"Tidak ada makan malam mewah, hanya makan malam yang sederhana dengan manusia kegemaran saya.

"Muka baru balik penggambaran, kepenatan dan barai. Jubah tu main sarung je.

"Alhamdulillah, secara rasmi saya dah 23 tahun. Saya sangat gembira dan diberkati.

"Semoga cepat kahwin dan dilimpahkan rezeki. Amin," katanya di Instagram Stories.



Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela sempat berkongsi rezeki dengan anak-anak di Baitul Lathofah.

"Anak-anak saya yang cantik di Baitul Lathofah. Saya minta maaf tidak dapat datang hari ini kerana ada penggambaran.

"Tetapi saya berjaya memberikan sesuatu yang istimewa untuk anda semua pada hari jadi saya!" kongsinya lagi.