Kontroversi melibatkan rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah masih menjadi topik hangat diperkatakan di laman sosial sejak pelbagai pendedahan dibuat oleh mereka.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, namun status penyanyi Shila Amzah yang mencadangkan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga melalui proses hakam menarik perhatian netizen.

“Settle saja dengan hakam,” tulis Shila menerusi platfrom X.

Doa Untuk Pasangan Suami Isteri

Dalam pada itu, Shila turut berdoa agar individu yang bergelar suami atau isteri yang sedang berdepan dengan konflik rumah tangga dipermudah segala urusan.

“Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri atau suami yang teraniaya, yang telah didera emosi, fizikal dan kewangan,” katanya lagi.

Terdahulu, Aliff enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak, dengan kebenaran mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Sebelum ini, Bella mendedahkan tentang kelakuan Aliff yang didakwa telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.

Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang dan lebih parah lagi, penyanyi yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik iparnya sendiri iaitu Eriqa Astillah.

Bella juga sebelum itu mengakui dia hanya mempergunakan pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu selepas tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

BERITA TRENDING: Shila Amzah Belum Bersedia Jumpa Ibu, Mahu Jaga Emosi & Kandungan - “Apa Yang Buat Saya Stres Atau Toksik…”

BERITA TRENDING: "Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail