Pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah nekad untuk membantu dua buah keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan hangus terbakar pada Sabtu lalu.

Menurut Sarah, dia dan Shuib yang kebetulan berada di Kelantan mengambil peluang menziarahi selepas diberitahu mengenai kecelakaan tersebut.

"Kebetulan semalam pembukaan Bubble Bee, ada org bagi tau pasal dua buah rumah terbakar habis tak jauh dari tempat kami buat pelancaraan.

"Sarah terus tergerak hati nak ajak Shuib dan team ke sana. Sampai ja kt sana, tengok rumah Kak Halimah dan Kak Hawa, hati Sarah macam nak pecah.

"Bayangkan, dalam masa setengah jam dua rumah hangus terbakar. Allah, memang Sarah tak dapat nak bayangkan, benda ini jadi pukul 3.30 pagi.

"Kita semua ini tengah tidur nyenyak, mereka berlari selamatkan diri dari api sampai tak sempat nak selamatkan barang-barang. Sarah sampai petang, rumah masih berasap tak habis lagi," tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)


Bagi meringankan beban yang ditanggung, Sarah dan Shuib akan membina rumah baharu buat dua keluarga itu.

"Kita doakan dua keluarga ini dipermudahkan segala urusan dan kuat lalui ujian ini. InshaAllah Sarah dan Shuib akan cuba bantu dua keluarga ni.

"Buat masa sekarang ni mak cik dah pilih rumah untuk disewa buat sementara," tulisnya lagi.