Hiburan
Siti Elizad Naik Angin Dengan Pelakon Baharu
Penyampai radio Sinar dan aktres Siti Elizad, 36, bengang apabila terdapat seorang pelakon baharu yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran.
Kata Elizad, bukan soal baru atau lama yang jadi persoalan tetapi masalah yang dilakukan itu telah mengganggu kerja orang lain.
"Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal dengan datang lambat.
"Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain.
"Kamera dah pacak dah siap semua lepastu kena menunggu berjam-jam. Dah la dia datang dengan belum bersiap, bazir masa lagi," katanya ketika dihubungi Gempak.
Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu menegaskan dia bukan ingin berlagak seorang diva atau senior.
Namun, perkara itu harus disedari kerana berpunca dari diri yang tidak berdisiplin.
"Masa jawab dalam group WhatsApp orang tanya kat mana, dia macam tak bersalah. Tapi sebab saya dah berbunyi baru dia minta maaf. Saya memang geram betul.
"Masalah sekarang saya bukan nak tunjuk diva, cuma saya ada nasihat dia.
"Nak jadi pelakon tak boleh ada alasan datang lambat walau dari pelosok negeri mana. Saya tak boleh terima.
"Takda alasan untuk dua jam lambat! Itu bukan lambat, itu masalah diri sendiri. Sebab bila lambat dah membabitkan team produksi," katanya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengingatkan kepada semua orang supaya menghormati masa orang lain.
"Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja.
"Saya sendiri amalkan kalau masa kerja saya mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum," kata Elizad.
Sebelum ini, Elizad ada memuat naik sebuah entri yang berbau marah pada Jumaat lalu.
Must-Watch Video