Status rumah tangga masih berjadi tanda tanya, pelakon Zulin Aziz bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kata semangat kepadanya.

Memerlukan masa untuk muhasabah diri, Zulin menerusi Instastory mililknya memberitahu dia tetap akan melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri biarpun masih dalam keadaan bersedih.

“Thank you so much semua yang DM doakan, bagi semangat. Terharu baca semua DM daripada keluarga, sahabat, rakan artis dan peminat. Terima kasih sebab ambil berat.

“InshaAllah, saya baik saja. Ambil masa untuk muhasabah diri masing-masing. Titip doa buat kami ya. Hidup mesti diteruskan. Nak Raya ni.

“Walaupun tak raya macam yang dirancang, Masih kena raikan dengan keluarga. Nak kemas rumah, nak siapkan itu ini… nak tenang saja,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Zulin juga memohon mana-mana pihak berhenti menokok tambah ceritanya di TikTok hanya semata-mata untuk mendapatkan ‘viewers’.

“Jadi, bolehlah kat TikTok tu berhenti tokok tambah cari viewers. Rasa nak sekeh seorang-seorang memandai saja buat cerita.

“Tak apalah, lebih tenang kalau saya memaafkan. Marilah focus penghujung Ramadan ni dengan ibadah dan cari pahala. Terima kasih semua,” ujarnya.

Terdahulu, Zulin menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini di Instagram bukanlah gimik atau ‘content’ seperti yang didakwa segelintir netizen.

Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.

Untuk rekod Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan pada 20 Februari 2022 dan aktres itu pernah mengalami keguguran anak pertama pada Ogos tahun lalu.