Kadangkala kita memang tidak dapat memuaskan hati semua orang. Namun pada masa yang sama, jika tidak puas hati sekalipun, tidak perlulah sehingga mencaci maki.

Itulah yang terjadi kepada penyampai radio Fizi Ali yang berkongsi satu kecaman netizen di Instagram miliknya.

"Suara kau tertelan halkum kah? Hri Sabtu, Ahad biasa ja suara. Hari Isnin - Jumaat, suara kau macam orang tercekik halkum sendiri.

"Patutlah Cik Piya ajuk suara kau besar tertelan halkum. Suara tak padan dengan rupa. Suara buruk! Buat suar biasa dah lah woi! Nak tunjuk macho kunun. Perempuan semua tak suka!" tulis seorang netizen yang menggunakan nama Gen Pan.



Namun sebagai seorang selebriti radio, Fizi Ali tidak cepat melatah, malah menjawabnya dengan jenaka.

"Yeaaa saya memang bila lepas akil baligh suara terus besar macam ni. Bukan dibuat-buat.

yeaaa saya memang bila lepas akil baligh suara terus besar macam ni..bukan di buat buat..tak faham apa maksudnya suara tak padan dengan muka..nak saya kepit ke suara???aiyakkk..hmm salahkah saya ada suara besar macam ni????? . . @feeyaiskandar ada orang petik nama ko ni???

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on


"Tak faham apa maksudnya suara tak padan dengan muka. Nak saya kepit ke suara??? Aiyakkk. Hmm salahkah saya ada suara besar macam ni?" seloroh Fizi.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen meminta Fizi tidak mempedulikan kecaman tersebut yang hanya inginkan perhatian daripadanya.