Pelakon Datuk Eizlan Yusof berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cahaya mata yang baru dilahirkan semalam.

Menurut Eizlan, keadaan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville serta bayi mereka itu berada dalam keadaan yang baik.

"Alhamdulillah yayang @sashaboudville dan Baby ZR berada dalam keadaan yang baik," kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Eizlan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan mereka sekeluarga.

"Terima kasih diatas doa dan ingatan yang baik buat kami sekeluarga.

"Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut dengannya," tulisnya lagi.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Eizlan masih belum mendedahkan nama dan jantina anak keempatnya itu dan hanya memberi bayangan dengan menulis 'Baby ZR'.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Eizlan mengucapkan tahniah atas kelahiran anggota baru dalam keluarganya itu.

Tidak ketinggalan, bekas isterinya, Vie Shantie Khan juga turut meninggalkan komen.

"Syukur Alhamdulillah semuanya selamat...Congratulations Dearest @sashaboudville dan EY, mesti kakak, abang dan adik-adiknya tak sabar nak jumpa Baby ZR," tulisnya.

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)


Terdahulu, Eizlan dan Natasha mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.

Sebelum itu, Eizlan dan Vie Shantie bernikah pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, seorang lelaki dan dua perempuan.

Rumah tangga mereka bagaimanapun menemui titik noktah apabila bercerai pada tahun 2015.