Penyanyi Zizi Kirana ada menyenaraikan beberapa kriteria seseorang individu yang matang.

Menurut Zizi, seseorang individu yang matang berfikiran jauh, tidak suka mencari kesalahan orang lain dan mengelakkan diri daripada berbalah.

Perkara itu dikongsi menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Zizi juga berpendapat orang yang suka 'menghendap' kehidupan orang lain di media sosial semata-mata untuk mencari kesalahan adalah satu sikap yang tidak matang.

Bagi penyanyi lagu EH ini, kita tidak seharusnya menggunakan media sosial untuk menyebarkan kebencian kerana ia bersifat kebudak-budakan.

Dalam pada itu, Zizi turut mengajak para pengikut untuk menilai diri sendiri sama ada memenuhi kriteria seseorang yang matang ataupun tidak.

"Adakah kita matang?" tulisnya ringkas di penghujung senarai itu.

Berikut adalah lapan kriteria yang disenaraikan Zizi.



Sekadar info, Zizi mula menjejak kaki di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2009.

Selepas perjalanannya terhenti di Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Zizi telah menyertai kumpulan The Fabulous Cats.

Namun pembabitannya dengan kumpulan itu tidak panjang kerana ia telah dibubarkan.