Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akui dia tetap membayar zakat perniagaan meskipun jualan syarikatnya jatuh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff Syukri mendedahkan cek bernilai RM52,500 yang dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor semalam.

“Komitmen saya setiap bulan zahat untuk saham di akhirat. Walapun jualan jatuh teruk tapi saya masih kuat dan team saya boleh buat sale puluhan ribu dan ratusan ribu,” tulisnya.

Aliff berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto resit serta cek bernilai RM52,500 itu.

Komitmen sy setiap bulan @pusatpungutanzakat saham di akhirat.. walapun sale jatuh teruk tpi sy masih kuat dan team sy boleh buat sale puluhan ribu dan ratusan ribu..kami ada rahsia.. nak tau kena lah join dulu... kepada anda yg nak berjaya dan jadi sebahagian dari team sy moda rm350 starting.. Boleh WhatsApp nombor phone +60 10-654 9540 (no bisnes bukan bantuan) plz wussp sahaja

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Posting terbabit mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menyifatkan Aliff sebagai riyak.

“Perlu ke nak tunjuk. Orang lain pun bayar zakat juga tapi tak adalah nak menunjuk.

“Riyak ni Datuk, jangan menunjuk.

“Riyak,” komen antara pengikutnya yang menegur sikapnya.

Pun begitu, entri tersebut turut mendapat perhatian seorang amil zakat yang dikenali sebagai Faisal Rahim di Twitter.

Faisal akui selama ini zakat Aliff telah berjaya membantu beribu asnaf di Selangor.
“Sebab Aliff Syukri dah tunjuk, sebenarnya memang beliau seorang peniaga yang konsisten bayar zakat setiap bulan.

“Zakat beliau dah membantu beribu-ribu asnaf. Walaupun aku tak pernah beli produk beliau, tapi aku doakan perniagaan beliau berkembang maju dengan asbab membayar zakat.

“Zakat ni antara ibadah yang dibenarkan untuk dihebahkan untuk galakkan orang lain mencontohi dan timbul keinginan bayar zakat.

“Selagi perniagaan tersebut halal dan cukup syarat, zakat wajib dikeluarkan. Insya-Allah perniagaan tersebut akan berkembang maju,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat lebih 6,000 ulang kicau serta 9,600 likes.